_______________UTAMA::::PROFIL:::"GALERI::::KALENDAR::::VIDEO::::PRODUK::::HUBUNGI KAMI::::ASSAUFEE_______________

Saturday, November 7, 2009

NUSANTARA

Assaufee Record telah melebarkan sayap perjuangannya dengan menubuhkan sebuah kumpulan assaufee junior yang telah diberi nama NUSANTARA. Kumpulan ini dianggotai oleh 4 orang anak muda yang merupakan mahasiswa Kolej Islam Darul Ridzwan (KISDAR). NUSANTARA telah ditubuhkan pada awal 2009 dan diuruskan sepenuhnya oleh saudara Faizal_Assaufee yang juga merupakan tenaga pengajar Kesenian & Kebudayaan (NASYID) di kolej tersebut. Kesemua ahli NUSANTARA berkebolehan bermain alat perkusi dan telah mendapat bimbingan daripada Faizal (assaufee), Hafiz UDU (algebra), Sani (Feel Heart) dan cikgu Mail (Perkusi Gatra). NUSANTARA aktif membuat persembahan di sekitar utara tanah air dan membuat persembahan nasyid secara "LIVE". Perasmian NUSANTARA akan diadakan pada awal tahun 2010.


FAIZAL ASSAUFEE
(Unit Penerbitan Album Assaufee Record)


SEJARAH PENUBUHAN

Assalamualaikum wbt..

NUSANTARA mula ditubuhkan pada penghujung bulan MEI 2009. Dahulu dikenali dengan nama D'art yang mempunyai ahli seramai 14 orang. Mereka berjuang dalam dunia seni nasyid selama 3 bulan iaitu dari bulan MARCH 2009 hingga MEI 2009 dengan berbekalkan semangat yang sangat tinggi. Dari hari kehari ahli D'art semakin berkurangan akibat dari kesibukan belajar masing-masing sehingga yang tinggal hanyalah 7 orang sahaja. Berkat usaha yang sangat tinggi serta komitmen yang tidak berbelah bahagi dari 7 orang inilah wujudnya NUSANTARA yang dipelopori oleh mahasiswa Kolej Islam Darul Ridzwan (KISDAR). Memandangkan NUSANTARA ini dikenali sebagai kumpulan "unik" yang berteraskan permainan perkusi maka anggota tetapnya hanya terdiri 4 orang sahaja. Mereka adalah Tarmizi, Anuar, Shahrill dan Syafiq. Mereka sedang mengambil jurusan Syariah dan Usuluddin selama 3 tahun di KISDAR. NUSANTARA juga mempunyai SAHABAT NUSANTARA sebagai persediaan vokalis apabila diperlukan. Mereka terdiri daripada Hazwan, Ayie dan Awangku. Sifat saling percaya, jujur, ada kebolehan tahan maki, serta disiplin yang amat tinggi meneguhkan ikatan PERSAHABATAN NUSANTARA sehingga kini.

NUSANTARA ingin merakamkan penghargaan yang sangat tinggi kepada Faizal_ASSAUFEE yang telah memberi 100% kepercayaan kepada NUSANTARA untuk menentukan hala tuju NUSANTARA, kepada assaufee senior (abg duan, abg hafiz, abg fakhrul dan abg Nazrul) terima kasih atas restu kalian semua dan terima kasih juga kepada En. Mohd Aidil Abd Aziz selaku Ketua Jabatan Kesenian & Kebudayaan (NASYID) KISDAR di atas jasa dan bantuan yang dihulurkan selama ini.

Semoga SAHABAT NUSANTARA akan kekal hingga ke syurga abadi!!!

tepuktangan

BIODATA AHLI NUSANTARA

FAIZAL BIN MOHD SAPRI
(Mewakili Pengurusan Assaufee Record)

Berasal dari Klang, Selangor dan kini menetap di Kuala Kangsar, Perak.

Lahir pada 31 Januari 1982.

Berumur 26 tahun.

Masih bujang.

Bekas pelajar Sijil PC Master (2000), COSMOPOINT 1999.

Bekas pelajar Dip Peng Islam Usuluddin (2003), KUIS 2000.

Salah seorang anggota Assaufee dan mewakili assaufee dalam menguruskan NUSANTARA.

Bertugas sebagai tenaga pengajar Kesenian & Kebudayaan (NASYID) secara separuh masa di Kolej Islam Darul Ridzwan (KISDAR).

Salah seorang pemain instrumen live di dalam NUSANTARA (shaker, tambourine & toys).

Sukakan keceriaan dan ketawa adalah penawar duka.

"Sejak dari sekolah rendah lagi saya masuk kelas muzik sampailah sekarang bersama dengan assaufee dan jiwa saya adalah jiwa nasyid kontemporari genre pop".

Email: lat_harmony@yahoo.com babai


Anggota Nusantara

Muhammad Tarmizi bin Mohd Amran
Dilahirkan 30 September 1989 di hospital Tapah Berumur 19 tahun dan menetap di Tapah, Perak. Merupakan mahasiswa Kolej Islam Darul Ridzuan (KISDAR).






Mohd Anuar Irsyad bin Asraf
Lahir pada 25 Disember 1988 di Hospital Ipoh, Perak. Berumur 21 tahun dan menetap di Kampung Tambahan 2, Ipoh






Mohamad Shahrill bin Mohd Radzi.
Dilahirkan pada 8 November 1989 di Hospital Besar Butterworth, Pulau Pinang. Berumur 19 tahun dan kini menetap di Butterworth.






Mohammad Syafiq bin Mohd Sukri.
Berumur 20 tahun. Lahir pada 25 April 1989 di Hospital Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Sekarang menetap di Kedah. Merupakan seorang mahasiswa KISDAR,Kuala Kangsar, Perak





TERBITAN ASSAUFEE RECORD SDN BHD

TERBITAN ASSAUFEE RECORD SDN BHD
Terima kasih kerana melayari blog NUSANTARA. Teruskan melayari.