_______________UTAMA::::PROFIL:::"GALERI::::KALENDAR::::VIDEO::::PRODUK::::HUBUNGI KAMI::::ASSAUFEE_______________

Saturday, November 7, 2009

SEJARAH PENUBUHAN

Assalamualaikum wbt..

NUSANTARA mula ditubuhkan pada penghujung bulan MEI 2009. Dahulu dikenali dengan nama D'art yang mempunyai ahli seramai 14 orang. Mereka berjuang dalam dunia seni nasyid selama 3 bulan iaitu dari bulan MARCH 2009 hingga MEI 2009 dengan berbekalkan semangat yang sangat tinggi. Dari hari kehari ahli D'art semakin berkurangan akibat dari kesibukan belajar masing-masing sehingga yang tinggal hanyalah 7 orang sahaja. Berkat usaha yang sangat tinggi serta komitmen yang tidak berbelah bahagi dari 7 orang inilah wujudnya NUSANTARA yang dipelopori oleh mahasiswa Kolej Islam Darul Ridzwan (KISDAR). Memandangkan NUSANTARA ini dikenali sebagai kumpulan "unik" yang berteraskan permainan perkusi maka anggota tetapnya hanya terdiri 4 orang sahaja. Mereka adalah Tarmizi, Anuar, Shahrill dan Syafiq. Mereka sedang mengambil jurusan Syariah dan Usuluddin selama 3 tahun di KISDAR. NUSANTARA juga mempunyai SAHABAT NUSANTARA sebagai persediaan vokalis apabila diperlukan. Mereka terdiri daripada Hazwan, Ayie dan Awangku. Sifat saling percaya, jujur, ada kebolehan tahan maki, serta disiplin yang amat tinggi meneguhkan ikatan PERSAHABATAN NUSANTARA sehingga kini.

NUSANTARA ingin merakamkan penghargaan yang sangat tinggi kepada Faizal_ASSAUFEE yang telah memberi 100% kepercayaan kepada NUSANTARA untuk menentukan hala tuju NUSANTARA, kepada assaufee senior (abg duan, abg hafiz, abg fakhrul dan abg Nazrul) terima kasih atas restu kalian semua dan terima kasih juga kepada En. Mohd Aidil Abd Aziz selaku Ketua Jabatan Kesenian & Kebudayaan (NASYID) KISDAR di atas jasa dan bantuan yang dihulurkan selama ini.

Semoga SAHABAT NUSANTARA akan kekal hingga ke syurga abadi!!!

tepuktangan

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

TERBITAN ASSAUFEE RECORD SDN BHD

TERBITAN ASSAUFEE RECORD SDN BHD
Terima kasih kerana melayari blog NUSANTARA. Teruskan melayari.